Politik | Cadangan pembahagian kerusi UMNO Pas perlu dikaji

2022-09-22 0

Cadangan Pas agar perbincangan dijalankan antara parti itu dan UMNO mengenai 27 kerusi kritikal perlu diberi perhatian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata cadangan terbabit perlu dikaji secara rasmi dan sebarang keputusan hanya akan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sekiranya mereka bersetuju.